Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Raya Sikit-Sikit


Setiap tahun staff di tempat ibu bekerja akan melancarkan 'Ronda-ronda Raya'. Rumah-rumah yang mereka serbu, satu malam 4 biji rumah. Siapa mahu join, silakan.. Rondaan mereka sudah mula dari jumaat lepas.

Dulu-dulu, ibu rajin juga ikut. Sejak 2 tahun lepas, tidak dah. Staff semakin ramai, ajak-ajak ayam pon iye. Almaklum staff belakang tabir macam ibu ni..takde class..

Kalau nak ajak semua staff yang ikut ronda-ronda raya tu serbu rumah ibu, ohh...tak muat kot. Almaklumlah rumah comel je. Pastu, tahanlah telinga dengar desas desus yang tak best. Rumah kosong lah . Rumah takde itulah, takde inilah. Serik.


Kebetulan jumaat lepas, kami ada jemputan open house di rumah adik ipar. Memang ke sanalah kami. SIL buat sikit-sikit je, untuk adik beradik dan sepupu yang rapat. Dapatlah makan lontong kering dan bihun goreng free. Eh, air ribena jangan dilupakan. Class ko Maria..

 Aisyah jenis tidak mesra kamera. Memang susah nak snap gambar dia. Bo layan dengan kamera.

Dah jumpa adik beradik ipar dan sepupu sebelah ayah tu semua, kami pun berangkat pulang. Ada tetamu mahu datang. Kawan baik ayah. Takde masak apa-apa. Hidang kuih raya dan air anggur sejuk jelah. Ayah tak inform awal.

=========================

Malam tadi, beraya rumah jiran depan. Kes tak dapat beraya tahun lepas, bawa ke tahun ni. Huhuhu.. Beraya ala kadarlah kami. Aisyah selamba lompat-lompat atas sofa, tahulah sofa tu lembut. Main sorang-sorang je. Ibu tengok macam nak picit-picit je. Perangai tu moleklah sikit. Anak dara tau.

Bab yang paling kelakar, bila Aisyah sangkakan alas cawan adalah kuih raya. Warna alas cawan tu memang meriah. Ada pink, hijau, biru, coklat. Aisyah ambil yang berwarna pink dan terus masuk ke dalam mulutnya meskipun telah kami larang. Dah gigit, baru tau. Itu pun dia masih tidak puas hati, suruh ibu gigit pula. 


Gambar kami yang maintain cute..jangan jeles..



Nota Kaki : Beraya untuk ukhwah..bukan mengata serba serbi tak cukup..tak dapat makan berat pon, makan kuih raya jela kan dah cukup...haippp..


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. tu lah faktor malas nak join kejiranan ni beraya... komplen je itu takde, ni takde.. tv dia besar,tv kita kecik.. rimass..

    kelakar entri ni pun ada bila bab alas meja disangka kuih raya.. hihi

    BalasPadam
  2. mulut orang begitulah
    ada aje yang tak sempurna di mata diorang
    saya pun malas sebab tu ler
    apapun bahagia kita, kita yang rasa
    peduli apa orang kata

    hehe...comel dak aisyah ni tau
    ada piring ingat kuih =)

    BalasPadam
  3. itulah nama manusia..ada saja yang nak dikomplen..

    apapun best bila jalan2 beraya rumah sanak saudara dan rakan2..

    BalasPadam
  4. wujud lagi ye org2 yg suke berkata2 nie..hurmm..baiklah xyah ikut kan..hehe

    BalasPadam
  5. eh ada jugak mulut orang mcm tue kan.. tak best la macam tue..kunjung mengunjung nie utk eratkan hubungan silaturahim.. bukan nak tengok sapa lebih hebat kan...sabar jer la..

    BalasPadam
  6. betul2 beraya utk ikatan ukhwah bukn nk mengadu domba

    BalasPadam
  7. masih terasa mood raya kan =) semalam zara attend open house ngan family.. heee

    BalasPadam
  8. lya plak ujung minggu tu ikut housemate pi open house..merasa gak mkn laksa heee

    BalasPadam
  9. Bab gigit piring tu comel... ada pulak disuruh akak gigit pulak hahahahaa

    BalasPadam
  10. budaya sekarang sebab tu ada masuk dalam semanis kurma budaya open house di mana silapnya..hmm

    BalasPadam
  11. alahai Aisyah..alas cawan disangka kuih..tertarik dengan kaler la tu..
    sejak pindah rumah,Kaksura malas nk buat open house..ditambah rumah yg kecik..nanti berlaga-laga vontot..huhu..tp kalau tetamu dtg beraya kaksura alu-alukan..tp kalau dtg tak inform awal memang makan sekut raya jelah..hehe..:)
    *mulut orang memang tak leh tutup*mata orang pon tak leh nak halang pandang*ada jer yang tak kena*

    BalasPadam
  12. Kalau dah tetamu datang mengejut, nak dihidangkan apa lagi. Lainlah chef termasyhur, ada saja yang boleh disediakan...

    Raya sikit-sikit pun kira raya juga, Mar. Ni hah family yang hari raya kita pergi beraya ke malls, ke taman, ke pantai, lagilah syahdu :(

    BalasPadam
  13. Wah..Bestnye gi open house.. Bo layankan aje org2 yg kate gitu..Dah rezeki kite takat tu..Mane tau masuk rezeki ikut pintu lain plk..kan??huhu

    BalasPadam
  14. situasi yang pernah akak alami bila orang datang..kenapa tak buat camtu camni..semua dikomplennya rumah kita..
    akak kalau gi rumah orang, makan n minum apa yang dihidang, sikit pun tak rasa nak komplen itu ini..sedih kan..huhu nak tumpang nangis

    BalasPadam
  15. sakit hati je dengan orang mulut macam tu..orang gitu tak boleh bejalan umah orrang.dia kena kurung je diri dalam umah.kalau dia keluar jugak ada je benda yang dia nak komplain..hehhe

    BalasPadam
  16. Kurangkan bercakap, layan anak-anak lagi baik daripada melayan kerenah yg boleh menyumbang dosa...

    BalasPadam
  17. betul mar..beraya bukan untuk mengatakan..seikhlas hati terima apa saja hidangan diharairaya

    BalasPadam
  18. Mulut orang memang tak boleh ditutp...macam tu jugak telinga kita yang terdengar...yang pasti kita tidak jadi sebajgian dari mereka...

    Alolo aishah...cute nyer dia... :)

    BalasPadam
  19. Yelah kalau dah ramai sangat pun susah gak nak masaknya hehe...kalau order jer tak pe....
    Jiran sebelah OKje ni mmg tak de orang...so tak delah pergi...sebelah pulak cina....
    Alah buat bodoh aje Mar....gasaklah org nak cakap pun hehe

    BalasPadam
  20. hehee..kan..kena beradab lah bila dah raya rumah orang..jangan sedap mengata..tak baik..huhuhu..Aisyah comelnya berbaju kurung..ayu je walau ibu kata terlompat-lompat..hehee

    BalasPadam
  21. Bestnya dpt beraya.. Sy mmg bermslh sikit bila nk beraya...

    BalasPadam
  22. Klu nak beraya kita tak kisahlah kan klu serba serbi tak cukup... yg penting adalah ziarah tu.. berkunjung tu pun dah seronok kan... :)

    BalasPadam
  23. betul kak.. kita beraya ni, nak mengeratkan silaturahim antara jiran dan kawan-kawan. tapi ada pula yang jenis suka memerhati isi rumah.. aduhai...

    BalasPadam
  24. beraya nih memg nak eratkan ukhwah tp yg x bestnye bile de je ckp ckp blakang psl umah..dun like

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code