Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Aktiviti di Pagi Raya


Sudah menjadi lumrah jika bergelar perempuan, merekalah yang paling-paling sibuk bila tiba hari raya. Dari malam raya bawa ke pagi raya, ada sahaja yang hendak disiapkan.

Di pagi raya, bangun awal, mandi sebelum subuh dan mengerjakan solat subuh. Kemudian, terus ke dapur menyediakan juadah pagi raya. Biasanya, kami masak lauk lodeh di pagi hari untuk mengelakkan ianya basi. Juadah lain sudah selesai masak di malam hari.

Bila lauk pauk sudah lengkap, bermulalah aktiviti menyusun juadah di meja makan. Ketupat sudah siap berbelah. Lemang pun. Pinggan kosong tersusun rapi. Sesiapa nak makan tinggal capai saja.


Pinjam dari Google


Kalau malam tadi tak iron baju lagi, pagi-pagi raya baru lah terhegeh nak iron baju raya. Biasanya mesti siapkan iron baju melayu suami dan adik-adik bujang. Kemudian, iron baju sendiri dan emak. Selepas itu, barulah mandi sunat hari raya dan berwangi-wangian di pagi raya. Aura hari raya bertambah bila siap mengenakan baju raya tau.

Sementara menanti kaum lelaki pualng dari masjid, aktiviti yang menarik dan best adalah mengisi kuih raya ke dalam balang pula. Setiap jenis mahu keluarkan selagi jumpa balang kosong. Hehe.. Tapi, kuih raya yang special, simpan dulu. Bila ada saudara mara datang, baru keluarkan.

Lepas tu, tunggulah kaum lelaki pulang dari masjid untuk menyantap hidangan bersama-sama. Bila perut sudah kenyang, barulah kami plan mahu beraya ke mana-mana. Masa tu sibuklah contact saudara mara lain. Kadang-kadang tu, hari raya pertama tidak sempat berjalan ke mana sebab sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah dari pagi hingga ke petang.





Nota Kaki : Tiba-tiba mood raya datang..


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Rumah dkt mana ni . Lodeh tu fav wajib ada tiap hari ray . Sedapnyaaa t.t

    BalasPadam
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  3. aduhai mar.
    aida da takde mood nak keje ni hah.
    bos pun da cuti.
    mood raya sudah sampai !!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code