Sepanjang hidup saya belum ada lagi kenangan pahit di bulan puasa. Semuanya manis-manis belaka.

Tapi, mungkin pengalaman semalam kira pahit juga. Bilamana saya terpaksa minum air gula untuk pertama kalinya sepanjang tempoh hamil kali ke-2 setelah hamil 29 minggu. Kali pertama dulu memang takde minum air gula. Terkorbanlah sehari puasa. Alhamdulillah, rasa air gula tidaklah seteruk mana. Ok je saya telan.

Lepas minum, kena tunggu 2 jam sebelum ambil darah sekali lagi. Kemudian, balik!


Rasanya pengalaman pahit memang tidak ada. Sepanjang saya hidup bersama keluarga saya dahulu, saya menjadi pembantu emak menyiapkan jahitan baju raya yang orang tempah. Menikam leher, mata lalatlah, karipaplah, teluk belanga lah. Tapi, sekarang kebanyakkan leher baju kurung jahit mesin sahaja.

Pinjam dari Google


Pengalaman seorang anak tukang jahit, yang turut bersengkang mata bersama emak menyiapkan tempahan. Saya pernah tergunting baju seorang pelanggan yang emak telah siapkan. Silap saya. Dan emak terpaksa mencari kain lain yang corak seakan corak baju pelanggan tersebut dan menyiapkan tempahan itu semula. Waktu itu, rasa bersalah dan menyesal sangat.