Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Singgah Zara Outlet di Sierra Perdana


Zara outlet, baru saja dibuka. Launching hari sabtu lalu. Kedai melayu, menjual barang-barang melayu, kita kasi support.

Banyak produk dijual dalam kedai ni. Ada shawl pelbagai pilihan, jubah, baju, makanan kering, kek, cookies, produk shaklee, bio seleza, tupperware... ermmmm apa lagi ye? Nak sebut satu-satu takut ada yang tertinggal pula.

Apa kata korang terjah sendiri dan lihat sendiri apa yang ada. Kot berkenan boleh beli seketul dua. Berketul-ketul lagi dialu-alukan.


Tuan kedai minta kami bergambar


Selpie sikit


Saya singgah situ, saya beli apa? Ala, saja cuci mata. Kawan saya yang berspek ni ada letak cookies kat situ. Salah satu yang menjadi sebutan adalah congo bar hasil tangannya. Mabeles. Cubalah sendiri, rasa.


Saya beli botol air  tupperware ni, alang-alang depan mata. Saya belilah.
Popia udang kering pun saya beli, satu bekas tu RM12. Rangup. Sedap.



Ini doorgift yang saya dapat. Mwehehe...buat kenangan.



Jom singgah Zara Outlet, boleh gak skodeng-skodeng
Instagram : @zaraoutlet23
Facebook : Azila Aziz
Alamat : No. 143, Jalan Sierra Perdana 4,
Taman Sierra Perdana
Lokasi : Deretan kedai baru sebelah highway.











Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Taman Sierra Perdana ni kat mana Mar?
    Kakak macam pernah dengar tapi tak tahu exact location
    Nanti kakak googlelah:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lokasi baru, sebelah taman rinting..sebelah highway ke pasir gudang

      Padam
  2. nanti kalau lalu ke sana,boleh la singgah...

    BalasPadam
  3. Owh. jual memacam ye.ingt jual baju bajan tadi

    BalasPadam
  4. oh.. mar tinggal kat johor ke.. ingatkan selangor..

    BalasPadam
  5. hihi.. ingatkan kat kl tadi,, boleh gak terjah..

    BalasPadam
  6. Ye OKje setuju....kena sokong org Melayu....Sapa lagi nak sokong kalau bukan kita ye dak....Bestkan kalau kita ada outlet gitu Mar

    BalasPadam
  7. alah jauh sgtlah pi..xde outlet kat penang ke..saya leh jd tokeh branch kahkahkah

    BalasPadam
  8. Semoga terus maju hendaknya. Bisnes orang Melayu, haruslah kita support jugakan, Mar!

    BalasPadam
  9. SAPE LG NK SOKONG ORG MELAYU KLU BUKAN KITE KAN ....

    BalasPadam
  10. Assalam mar,
    waaaaaaaaaa
    bestnya dapat goodies :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code