Kesan Gula Tinggi Dalam Darah

By Mar Mansor - 8:30 PG


Perjalanan mengandungkan anak ke-2 ini penuh cabaran. Bukan cabaran apa, cabaran pembawakan saja. Dari saya disuspek sakit jantung, ke HSA untuk membuat pemeriksaan. Kemudian, bleeding tiba-tiba hingga saya ke HSI pula.

Sewaktu usia menginjak 7 bulan, nurse perlu mengambil ujian darah untuk air gula dan kandungan gula dalam darah paras-paras hidung katanya. Saya perlu minum air gula (MGTT). Pada saya tidaklah teruk sangat minum air gula ni, atau sebab terpaksa maka saya jadi kuat. Keputusan selepas minum air gula memang tidak terduga. Sebelum minum, bacaan hanya 4.9 dan selepas minum air gula, emmm 9.1. Perghhh..tinggi amat.

Oleh kerana itu, saya disarankan menjalani BSP pula, ambil darah 4 kali sehari. Pilihan saya mestilah hari ahad. Letih berulang alik 4 kali ke KK tau.


Ini adalah bacaan hari pertama menjalani BSP.


12 Julai 2015 - Pengambilan darah sewaktu berpuasa. Nurse tak kisah saya berpuasa. Demi anak dalam kandungan, saya tahankan segala macam makanan, lebih-lebih lagi nasi. Saya bukanlah jenis makan makanan manis, air manis minum juga tapi seawaktu berbuka sahaja.

Lihatlah perbezaan jam 5 petang (bacaan 4.8), selepas berbuka, bacaan naik kepada 6.1. Itupun saya hanya teguk secawan air kelapa pandan asli, tanpa gula.

13 Julai 2015 - Saya perlu ke KK bagi sesi checkup dan berjumpa doktor. Doktor cakap, berkemungkinan diabetes ketika hamil sahaja tetapi perlu menjalani pemantauan dan jangan miss checkup. Baiklah doktor.

14 Julai 2015 - Ke KK lagi untuk ambil darah untuk dihantar ke HSA pula. Sebenarnya, saya tidak perlu mengambil masa yang lama. Tapi, oleh kerana ramai yang menjalani pemeriksaan, jam 9 lebih baru saya keluar dari makmal menghantar darah.

3 hari berturut-turut saya ke KK, letih tu memang tidak dapat digambarkan. Namun, saya yakin ini semua ujian buat saya. Agar saya lebih kuat dan bersyukur dengan janin yang kian membesar dalam rahim saya.


Sejak seminggu lalu, saya mengamalkan D'aura. Minyak kelapa dara. Ini salah satu inisiatif saya agar gula dalam darah saya stabil dan HB juga.

Minyak kelapa dara D'Aura




Nota Kaki : Next checkup on 28th July 2015 (33 weeks)..








  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. minyak kelapa dara d'aura memang bagus dan terbaik... amalkanlah yer... :)

    BalasPadam
  2. smg semuanya baik2 aja ye mar..

    BalasPadam
  3. selamat hari raya mar & take care yer:)

    BalasPadam
  4. moga baik2 sj...

    ms mgandung dl sy ada kncing manis.siap insulin tp sy jrg cucuk.sy amalkn air masak 4 liter & minyak kelapa dara gak time pregnant.kncing manis sy normal & HB sy cntik...13++ tp x pasti la samada amalkn minyak kelapa dara tu buat kncing manis & HB sy cntik atau x.

    Nak tgk result kak Mar plak nti

    BalasPadam
  5. take care kak mar.. senang2 datanglah beraya kat rumah fai

    BalasPadam
    Balasan
    1. in sha Allah..kalo buat open house roger-roger ye

      Padam
  6. Jaga kesihatan sis, moga semuanya d prmudahkn insyallah

    BalasPadam
  7. semoga semuanya baik2 aje ye...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.