Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sandal 'Terjun'


Seperti yang telah diceritakan semalam, saya mengajak en.suami ke Aeon Permas (lupa pula dah tukar nama kan), semata-mata untuk mencari sandal baru. Boleh pula, sandal yang saya sarungkan saban hari itu putus. Hahai..patutlah lain macam je bila berjalan. Siap stapler koo tak mahu kasi tanggal, yelah berjalan dari office ke parking, takkan berkaki ayam pula. 

Kalau diikutkan hati, pilihan saya tidak ada di Aeon Permas, ada di Aeon Tebrau. Takkan mahu ke Aeon Tebrau hanya kerana sepasang sandal. Kawan-kawan saya yang pernah ikut saya shopping kasut/ sandal pasti tahu betapa saya cerewet memilih kasut.

Saya tidak kisah harga (tetapi masih considerlah) yang penting sedap berjalan dan tidak janggal ketika memandu. Pilihan saya tentu saja jenis wedges. Memang kaki suka driving dengan sandal jenis itu.

Pilihan pertama saya haruslah crocodile. Warna hijau dan ada bunga-bunga. Cantik. Tapi, bila sarungkan yang baru, juga terasa tidak ngam di kaki. Rasa sedikit longgar. Terus je pilih yang ini. Sebab nak menunggu promoter yang tak mesra alam tu ambil stok baru sangatlah lama. Bila promoter menyuakan sepasang yang baru, terus saya cuba dan terus bayar di kaunter.

Inilah dia pilihan hati ~Simple dan murah!


Kurang selesa dengan promoter-promoter di situ yang berkumpul dan bergelak sakan, macam hape. Kemudian, saya tercangak-cangak memanggil. Promoter yang melayan saya sangat tidak mesra alam dan seakan marah bila saya tidak membeli sandal yang kali pertama dia bawakan.

Seolah hak seorang pengguna dipandang remeh dan ditidakkan. Patutlah saya dengar ada seorang kakak di belakang saya ni beria-ria meminta maaf kepada seorang promoter bila dia tidak jadi membeli. Saya pun menggunakan pendekaan itu bila tidak jadi membeli wedges pertama.




Nota Kaki : Dik, kalau mahu bekerja, cari rezeki yang halal, jangan buat pelanggan macam hakak ye..







Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Cntik jnji cukup selesa kan..Lya paling x suka la klau promoter brsikap mcm tu..hai klau Lya trus blah x maw dtg situ lgi..kita sbg pgguna pun ada hak d layan dgn sebaiknya kan

    BalasPadam
  2. Sama la kita..cerewet bab pilih sandal...hubby as penasihat setia pun mcm tu jgk..semua dia check especially tapak to make sure wife dia x jatuh..haha

    BalasPadam
  3. Nampak selesa tu Mar.
    Harapnya promoter tersebut ada terbaca N3 ini.

    BalasPadam
  4. kita pon suka cap buaya eh tesama plak citer kita pasai kasut ;p

    BalasPadam
  5. Cantik sandalnya, mesti selesa juga memakainya. :)

    BalasPadam
  6. alah, biarkan je mar promoter gitu, kalau kita dah lama kena sound.. haha..


    janji selesa kan mar, kita suka beli sandal kat kiosk tesco yang sarung tu je..
    Mama Niza

    BalasPadam
  7. Assalam mar,
    kan3
    iols pun pantang kalo jenih yang bekoje tapi tak buat koje
    menyiiiraaapppp iols nengok kan3

    BalasPadam
  8. eh kita pulak yg beria nk minta maaf .. dah tak kena ngan citarasa takan nk beli jugak .. hisshhh

    BalasPadam
  9. promoter mkn gaji buta tu . klu ada boss x berani kot ... saya juga cerewet pilih kasut sbb tu x nak beli online sbb takut tak cantik bila sarung kat kaki dan tak selesa bila di pakai ...

    BalasPadam
  10. Eh, apa pulak nak kena minta maaf kalau tak jadi membeli? Kuasa membeli di tangan kita. Mereka boleh suggest je kalau nak. Kalau kita tak beli dan mereka tarik muka, kena kat saya mahu saya suruh ambil berpasang-pasang lagi kasut, try dan tak nak beli at the end.

    Eh, jahatnya saya!

    BalasPadam
  11. Gaji nak kerja serabai.. klu tak cukup gaji yg diterima, tak payahlah kerja situ... Apa pun, cantik kasut tu...

    BalasPadam
  12. patut tazkirah aje dia kat situ kak.. amboi nak keje ke nyembang. kalo CT hangin gak. unless la orang ramai ke sampai dia tak menang tangan.

    BalasPadam
  13. sebagai seorang yang dah lama berkecimpung dalam CS
    mereka yang digambarkan oleh mar tadi
    sudah pastinya akan dapat bebelan
    dari saya kalau saya supervisor mereka =)
    tapi seriously cantik sandal tu, pinjam boleh? =)

    BalasPadam
  14. Murah murah pun Rm 50 henggit tu Mar....okje pun sama Mar agak cerewet memilih barang, susah nak jumpa yg berkenan

    BalasPadam
  15. Kenapa plak akak tu nak mintak maaf, memang tugas si dia tu layan kita sebagai customer.
    Saya pun kalau suka dan sedap pakai kasut tu, memang sampai lunyai saya pakai.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code