Wewwwwww...khamis ni cuti umum ye!! Kalau tidak kerana en.google, mungkin saya akan terus perasan rajin, tidak perasan akan cuti umum sempena xmas yang bakal tiba beberapa hari je lagi. Ayat macam tipu jek.

Tapi hari jumaat kerja seperti biasa. Cuti tahun sudah langsai. Simpan-simpan sikit cuti tu untuk bawa ke tahun 2015. Lagipun hari jumaat tu ada final inspection, makanya haruslah sedar diri ye.


Google


Mana-mana kompeni mesti ada sedikit decoration di lobi utama kan. Biasanya kerja-kerja menghias begini dilakukan oleh receptionist atau admin. Barulah suasana nampak meriah.


Selpie ~ Gambar ni dah lama diambil cuma tunggu waktu sesuai untuk dijadikan entri.



Nota Kaki : Gaji pun belum masuk masa cuti Xmas nanti..so duduk rumah diam-diam ok!