Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Zahira ~ Jom Tonton


Arghhhhh!!! I'm falling in love.. Terjatuh cinta lagi! Jatuh cinta dengan drama bersiri Zahira je bukan dengan pelakonnya. Watak-watak yang dilakonkan memang menjadi dan jalan cerita yang saya kira agak menarik. Kalau tak menarik, saya tak tonton.

Sudah lama tak tercatuk depan televisyen menonton drama bersiri. Selepas drama bersiri Jauh Dari Cinta dan Kusinero Cinta tamat. Dua drama bersiri itu saya rakam dan  saya tonton ketika waktu santai. Astro PVR katakan. Akekeke.. Bila waktu santai saya? Selepas subuh atau lewat malam, bila mata tak reti nak pejam. Tak pun hari jumaat, rehat selama 1 jam setengah. Balik rumah lah kejap, sambil makan makanan yang diperhangatkan.


Pinjam dari Google


Sebenarnya, saya agak lewat sedikit mengikuti drama bersiri ni. Secara tidak sengaja, ada singgah blog Nakhoda Nurani dan berkesempatan menonton Zahira Episod 1. Eh..macam best je drama ni. Ketika bercuti tempoh hari, malam-malam saya layan drama ni sampai kuota habis. Dangggg..

Saya agak janggal menonton drama begini bersama en.suami sebab dia suka perli saya yang kerap tersengih-sengih bila menonton drama-drama begini. Suami saya memang tak romantik. Sila abaikan beliau. Sebab tu saya rakam dan tonton sorang-sorang. Tambah pula, ada anak, menonton televisyen bukan lagi satu aktiviti yang menyeronokkan. Disney Jr memanjang, apa citak??


"...sekarang ni saya nak tanya En. Iqbal ni suka ke atau jatuh cinta?.."


Wewwwww...pengsan jap. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kalaulah en.suami tahu saya layan drama ni mesti dia perli-perli..

"suka le tuww"...

"sengih-sengih..buatkan abang air.."~saja potong stim.




Nota Kaki : Lagu OST drama ni, "mewangi" nyanyian Akim & The Magistrate  tu terus terngiang-ngiang..






Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Saya memang layan drama ni..tapi tak layan kat tv sebab malam2 nak tengok drama korea..saya layan online je..heheh

    BalasPadam
  2. ohoiii en iqbal gila melting kot! hahha mmng tak sabar nk tgok nest episode"papa tak senyum misai papa yg senyum' hahhaha ;p

    BalasPadam
  3. Best citer ni sbb ada hero yg best...hehe..first time tak sengaja tgk citer ni, alamak terus jatuh chenta ;)

    BalasPadam
  4. saya mmg x dpt tgk drama melayu . masa siarannya adalah masa man in d house tgk tv ... ermmm

    BalasPadam
  5. Cerita BEST!!
    Lagu tema BEST!!
    Pelakon BEST!!
    Dah jatuh cinta dengan drama ni

    BalasPadam
  6. Mar, kak ana dah lama jatuh cinta dengan encik Iqbal ni hehe...dengan drama ni lah ..jom tunggu next episode ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sampai jatuh cinta dengan en.iqbal..takmau noti2

      Padam
  7. nak layan crita ni sbb zara zya jd watak heroin..tp xberkesempatan lg nk layan..ehehe

    BalasPadam
  8. best kan... kite pun layan gak.. tp terlambat 2 episod.. :)

    BalasPadam
  9. saya tak pernah berkesempatan tengok drama bersiri
    tu yang naik malas nak menonton
    nak tengok kat lappy pun susah, ada aje yang kacau =)

    BalasPadam
  10. Tak tahu menahulah pasal drama ni. Time menonton saya biasanya pukul 10 malam. Itupun tengok cerita Korea. Drama bersiri ni yang syahdu bila dah mula menonton, tak boleh miss. Mesti tak senang duduk. HD pun tau suka menyakat kalau kita nak feeling-feeling macam heroin drama. Geram!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code