Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Simpul Biawak Semasa Hamil


Simpul biawak atau kejang kaki atau cramp kerap terjadi kepada ibu hamil. Saya amat berjaga-jaga untuk mengelakkan terkenanya simpul biawak. Sakit woooo... Rasa sakit sampai boleh menangis.

Pagi kelmarin terkena simpul biawak di pagi hari setelah sekian lama tidak mengalaminya. Rasa nak meraung tapi boleh tahan lagi. Sakitnya, masya Allah. Mahu berjalan pun susah.


Salah satu punca kekejangan kaki atau cramp ini adalah akibat kekurangan pengambilan kalsium dalam diet harian.

Harus diingat ibu hamil memerlukan 1200-1500 mg kalsium setiap hari. Anak di dalam kandungan menyerap kalsium dari ibu. Maka, jika ibu kurang kalsium dalam badan boleh menyebabkan kekejangan kaki, gigi berdarah dan sakit pada pinggul atau tulang belakang.

Kalsium yang mencukupi juga membantu mengelakkan risiko lahir bayi pra-matang dan bayi tidak cukup berat.

Pinjam dari Google


==============================================

Kalau anak pertama dulu, pagi segelas, malam segelas. Kadang-kadang tu siap standby susu kotak DHL di tempat kerja. Kali ke-2 agak kurang pengambilan susu. Minum sebelum tidur malam sahaja. 

Mungkin perlu tingkatkan pengambilan susu untuk harian. Sebelum mengandung hari-hari minum susu. Rasa susu jauh lebih sedap dari minuman berkoko. Ke faktor kemalasan membuatkan saya agak culas.



Bagaimana cara untuk mengurangkan terkena simpul biawak?
Boleh kita ikut tips di mommiesjourney.blogspot.com







Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Bila terkena... memang menyakitkan, tetapi pengalaman itu tidak berlaku di waktu lain

    BalasPadam
  2. Farah agak kerap juga terkena simpul biawak ni...nampak nau tak cukup kalsium dalam badan, sebab tu tak tinggi-tinggi...ha ha ha, walaupun tak hamil tetapi tetap kena juga...

    BalasPadam
  3. Kena selalu minum susu akak. Insyallah ok.

    BalasPadam
  4. Ilmu menarik untuk persediaan masa mendatang ni..

    BalasPadam
  5. itu mmg sakit sgt mar..ya Allah rase mcm xnk kene lg..falsya selalu kene waktu pagi2 buta time tgh tido..mmg jerit duk bgnkan suami..die la duk tegangkan balik kaki..mmg time pregnant falsya minum susu dutch lady ari2..tp sehari sekotak je la..hehe

    BalasPadam
  6. Banyak khasiat susu. Kena selalu minum susu macam ni.

    BalasPadam
  7. Sy time pregant ni da byk kali kena..mmg pon x minum susu..asyik meraung je pg2 sbb kaki crammed..wuu

    BalasPadam
  8. bila nak tidur waktu malam je seram je rasa...sakit tak terkata. Boleh nampak lekuk lagi..

    BalasPadam
  9. Betul...kena sebab kurang kalsium..so mmg kena minum susu at least 2 kali sehari..sy dulu kerap jgk kena sbb x boleh minum susu..rasa mual...huhu

    BalasPadam
  10. I like susu, Lya memg amalkn minum susu..

    BalasPadam
  11. simpul biawak sy pernah kene time prgnt je. tp betul la kene minum susu. jadi ibu2 sebelum tdo tu sila minum susu ye. sy lepas minum susu setiap hari dah tak kene lagi dah.alhamdulillah

    BalasPadam
  12. lama tak singgah sini...sorry ye mar
    saya tak mengandung pun kerap kena
    malangnya tak suka minum susu..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code