Cuti

Hadiah Awal Tahun 2015

12:00 PTG



Bermula 1 Januari 2015,
RON95 = RM1.93
RON97 = RM2.13
DIESEL = RM1.97

Saat 2014 melabuhkan tirainya, mendapat info dari hot.fm sedikit berita gembira untuk dikongsi bersama. Minyak turunkan harga! Phewwww...sekurang-kurangnya sempat berjimat sebelum menempuh GST bulan April 2015 nanti.


Hari ini, 31 Disember 2014 ~ Hari terakhir di tahun 2015.



Banyak kenangan sepanjang 2014, seakan baru semalam Januari 2014. Haihhh...Tahun hadapan, semakin meningkat usia.

Esok, 1 Januari 2015, kompeni saya cuti, cuti wajib aka cuti paksa. Bukan public holiday yang diambil tetapi cuti suka hati yang diberi dengan menolak cuti tahun kami.Sudahlah sebulan cuti yang saya dapat hanya 1.5 hari, tolak sehari, tinggallah 0.5 hari. Uihhh...redho.. Bertabahlah wahai rakan seperjuangan.



Tahun baru, azam baru, buku baru!!!
Selamat Tahun Baru Semua!!!!
Jumpa lagi tahun depan!!!!!!









Info

Sudah Renew

8:00 PG



Renew insurans kereta untuk tahun ke-5, bulan Januari akan expired. Makanya, terus renew bila gaji masuk. Uihhh...ada lagi 4 tahun mendatang nak habiskan pinjaman kereta. Masa tu umur dah 35 tahun. zzZZZ

Minta tolong kawan sekerja buatkan. Tahun lepas minta pertolongan dari isteri kawan. Komputer kompeni ni kalau access website government dan sewaktu dengannya memang slow. Di rumah pula guna broadband celcom, umobile pun adakalanya slow. Kena pakai unifi juga agaknya baru laju berdezup.




Lega hati bila dah renew. Tak sangka betul perkhidmatan MyEG cepat dan pantas. Sebelum jam 10 pagi s selesai submit, jam 11.23 pagi road tax dah selamat diterima. Beberapa jam sahaja! Terkejut mak!!!


Selamat diterima ~terima kasih banyak-banyak kepada adik yang menghantar
(sebab dia panggil saya akak).


Awal tak awal juga renew ni. Apa tidaknya, pengalaman lalu mengajar agar lebih bersedia. Tahun lepas, sampai terlewat-lewat terima road tax sebab renew pun lambat, (sebelum ni gaji setiap 1hb). Bukan tak mahu renew awal tapi siapa sangka ada orang yang memerlukan duit, dahulukan keperluan mereka. 

Ditambah pula, entah apa ujian road tax tidak dapat diterima tepat pada masanya. Tawakal je pergi balik kerja dengan road tax kereta sudah expired. 6hb baru road tax sampai. 

Kali ini saya lebih berhati-hati. Bukan apa, segala macam boleh berlaku, jadi buatlah persediaan awal. Sediakan payung sebelum hujan. 



Nota Kaki : Tempat kerja ada buat kutipan kilat untuk mangsa banjir. Semoga saudara kita terus tabah..








Kehidupan

Hidup Ini Indah

8:00 PG



Hidup ini adakalanya 'sakit'. Ibarat kanvas bercorak yang kusam. Walaupun ada kalanya terasa perit, tidak sampai hati melihat kanvas yang kusam kelihatan lebih kusam. Meskipun coraknya cantik, tetapi jika ia kusam, hilanglah serinya. 

Begitu juga dengan kehidupan kita. Walaupun terasa kusam, perlu diceriakan agar kekusaman itu pudar dan menerbitkan kecantikan asal.

Pinjam dari Google


Banyak cara boleh dipraktikkan untuk menceriakan kehidupan. Salah satu yang utama, mengingati Allah SWT, Sang Pencipta Alam. Mendalami agama, rajin mengaji membawa seribu kebahagiaan. Berwirit, berselawat membawa ketenangan jiwa.

Walaupun keperitan kita rasa di dunia, in sha Allah, kebahagiaan akan kita perolehi di sana.


Wallahuaklam.





Nota Kaki : Antara telus atau tidak, harus ditempuhi?

Kereta

JLY Pelanggan Tetap Mereka

8:00 PG


Masa mula-mula dapat kereta mesti korang dapat booklet kan? Tidak kiralah apa jua jenis kereta yang korang beli. Mesti dapat semasa penyerahan kereta. Lepas tu, dalam tempoh warranty mesti korang rajin complaint kan. Rugi tak complaint sebab itu kan hak kita sebagai pengguna. Macam saya juga, walau kereta saya kecil cenonet, ia tetap harta saya yang saya perlu bayar setiap bulan, tidak pernah miss selama 9 tahun.



Nasihat kepada sales advisor di luar sana, walau sekecil mana kereta itu, apabila ia datang servis kepada anda, walaupun jumlahnya tidak mencecah RM300 untuk sekali bayaran, ia tetap rezeki yang masuk untuk anda kan? Jika pelanggan pertikaikan itu ini, kenapa perlu buat, kenapa perlu tukar, jawablah dengan sebaiknya, bukan dengan jawapan yang membuatkan pelanggan rasa malas nak tanya. Dan kemudian, kamu mengumpat pelanggan tersebut di belakang (workshop) dengan ayat-ayat sinis seperti.."alah macam kereta dia tu mahal sangat.."No, no, no,... setiap pelanggan membawa rezeki.

Saya pernah bekerja di Perodua Service Center (JB3) selama beberapa bulan sebelum saya bekerja di tempat sekarang. Saya dilantik dalam pengurusan tali pinggang belakang (wajib pasang bagi kereta yang tidak mempunyai tali pinggang belakang ketika itu).

Sedikit sebanyak ilmu saya kutip di situ. Saya suka belajar, tidak kira apa jua perkara dan saya tidak suka tunjuk pandai meskipun saya tahu sebab bila kita tahu..sendiri mau ingatlah! Saya perhatikan kerenah pelanggannya, kerenah pekerja dan akhirnya saya resign setelah menerima offer di sini.

Entah kenapa ye saya ni setia sangat di satu-satu tempat. Lihatlah buktinya. Walaupun kereta saya mencecah usia 5 tahun (awal Januari ini), saya tetap menghantar kereta saya servis di sini. Orang kata, orang-orang kaya je hantar servis kereta di sini. Ermm...entah sebab apa. Tapi saya rasa selesa.

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar


Setiap kali menghantar kereta menjalani penyelenggaraan di situ (aicehh) kereta baru je banyak. Hehehe..yelah kan kereta baru kan dapat free, free labour charge je pon. Eh, free juga tu. Rugi tak gunakan. Bukan senang tu nak dapat free.

Sebagai pelanggan tetap di sini, saya memang puas hati dengan servis mereka. Cop-cop tu sebagai bukti kereta saya menjalankan penyelenggaran di situ. Tapi, eh pelanggan tetap macam saya ni takde dapat apa-apa benefit ke eh? Tiap kali servis pon dapat tisu, kalender, pelapik air. Ermm..apa kata tukar sikit marketing strategy tu. Bagilah sport rim ke, tinted baru ke, tak pun engine oil free pon ok apa. Baru pelanggan sayang. Hahahahaha..

Sebagai satu syarikat di bawah naungan kompeni yang gah, takkan guna sistem cikai-cikai kan. Mustahil. Tapi tulah, takkanlah dalam sistem tu takde rekod servis-servis kereta saya. Dekat 5 tahun kot. Takkan tak kenal kereta saya. Eh kereta buruk, sapa nak pandang. Banyak sangat ke kereta yang datang servis setiap hari? Ada cecah ratus, saya tak fikir macam tu.

Staff yang duduk di kaunter pun bersilih ganti. See, saya cam tau.

Kot baik hati, saya cadangkan korang buat cabutan bertuah untuk pelanggan tetap macam saya ni. Yelah, mana tau regular customer korang tu ramai sangat sampai dah tak terkira kan. Kot ada peluang bawa balik sebiji Alza ke kan. Perghh!!

Saya ada hantar email kepada mereka dan mereka ada call saya untuk pencerahan. Terus muka rasa macam pakai blusher. Malu ai...tapi sendiri juga yang hantar email tu. Almaklum sejak bergelak blogger ni kurang sikir perasaan malu berhadapan perkara-perkara macam ni.

Terus terang saya katakan yang saya tetap tak puas hati sebab saya regular customer. 5 tahun kot. Frustlah camni. Saya tahu yang mereka akan follow up randomly (kan saya pernah kerja di situ). Eh, sekali pun tak kena eh nombor kereta saya tu. Huhuhu..ciss..nombor takde ong. Tak payah lah korang setia sangat servis kat tempat macamni. Huh, macam tak respect regular customer je.

Rupa-rupanya untuk mendapatkan diskaun untuk spare part bagai tu kena register di smart-assist. Huh..apsal saya baru tau? Malu pula rasanya. Ish..lain kali korang remind lah regular customer korang ni. Mana saya tahu. Rugi tau..5 tahun tau..tau..korang memang kejamlah..

Saya dah booking appointment hari Isnin (hari ini lah), tawakal sajalah untuk servis tukar timing belt tu. Tengok duit terbang.



Nota Kaki : Ada sapa2 kerja di Perodua Service? Sila usulkan entri saya ni ye..







Entri Hilang

9:15 PG


Saya set masa untuk entri-entri saya. Patutlah tiada entri autopublish hari ini. Peliknya. Bila check, entri yang sepatutnya publish hari ini tiada. Haihhh...penat kot taip entri siap bergambar. Mana pula entri tu hilang.



Nota Kaki : Makanya tiada cerita hari ini.

Pray

Doakan Pantai Timur

8:00 PG

Baca new feed fb, entri-entri blog, berita-berita dalam tv, memaparkan berita sedih saudara kita di kawasan Pantai Timur. Sebak hati melihat rumah mereka yang hanya kelihatan bumbung dari atas. Tidak dapat saya bayangkan keadaan mereka. Bagaimana menyelamatkan diri sehelai sepinggan dengan keadaan air naik dengan laju. Kanak-kanak, bayi, mereka yang sakit, orang-orang tua.
Pinjam dari Google
Menitik air mata saya bila mengenangkan nasib mereka. Bagaimana mereka menjalani kehidupan selepas banjir surut nanti dengan barang-barang yang pasti 100% musnah. Allahuakbar. Melihat rumah mereka ditenggelami air, barang-barang musnah, siapa lagi yang perlu membantu mereka jika tidak kita.
Saya bangga melihat keprihatian rakyat Malaysia dalam membantu mangsa banjir. Menderma dengan kadar segera. Makan, selimut, baju, telekung, diapers dan barang-barang keperluan lain. Semua itu sangat penting!

Belum lagi yang terkandas di bukit, menunggu penyelamat datang kerana sudah terputus hubungan. Api tiada. Telefon pula sudah nyawa-nyawa ikan. Tak dapat saya bayangkan andai saya dalam situasi mereka.
Kalau sebelum ni saya rajin ambil gambar makanan dan upload di facebook atau IG (@janji_kita), kali ini saya diamkan. Melihat rezeki yang saya suapkan ke mulut, teringat saudara kita di sana.
Sama-samalah kita berdoa agar musibah yang melanda beransur.
Moga banjir surut.





Giveaway

Giveaway untuk Bloggers

12:00 PTG


 bannersaiful
Klik banner untuk join


Semangat join giveaway ni sebab syaratnya cukup simple. Bermula 23 Disember hingga 28 Disember. Uihhh hampir tamat, jom pakat join ramai-ramai.

Hadiah, memang kebabomm best

Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang

Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang 
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00 termasuk penghantaran, sumbangan dari pop local Inc. untuk view Custom made lokal produk tekan SINI

Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang

Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 2 Orang

Hadiah kelima 
Wang Tunai bernilai RM 70.00 x 1orang

Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00 x 1orang

Hadiah Ketujuh 
Wang Tunai RM 10.00 x 1orang


Teruja tak? Apa lagi jom join!



Aisyah Humaira

Singgah Rumah Atok Di Majidi

8:00 PG


Pulang dari jalan-jalan di Puteri Harbour, kami terus ke Kg. Melayu Majidi, nak pekena ABC yang terkenal tu. Lokasi sekarang mereka berniaga adalah di hadapan masjid. Kerja membaikpulih dan menaiktaraf kedai makan mereka masih lagi dijalankan (lokasi berhadapan Pejabat Pos).

Hasrat terbantut bila melihat puluhan orang hingga nampak tempat makan itu sesak dan padat malah masih ada yang menanti meja kosong. Ditambah pula tiba-tiba hujan turun. Cancel ABC. Kami terus ke rumah atok Cik Aisyah (abah en.suami). Perkampungan melayu di tengah bandar, moga ia kekal di situ. Jika tanah melayu turut disesah, merempatlah melayu di bumi sendiri.

Kusyuk menconteng

Dari muka pintu rumah FIL, pembangunan pesat jelas kelihatan. Bangunan tinggi mencakar langit megah berdiri di sana sini. Tidak hairan jika tanah melayu di situ menjadi rebutan. Alasan mereka tanah itu hak kerajaan dan telah terokai. Tiada tempat yang tidak diterokai sebelum menjadi satu perkampungan. Betul tak? Andai tahu sejarah, betapa puluhan tahun lalu, tanah itu umpama tiada apa. Tanah mendap, di tengah hutan, ditambak dan dibangunkan menjadi perkampungan.

Pembangunan yang menghakis kawasan perkampungan itu kian merebak tanpa rasa silu. Tanpa rasa bersalah memamah kawasan yang telah dibangunkan penduduk kampung hingga menjadi perkampungan yang pelbagai nama. Kampung Hajah Asmah, Kampung Dato' Sulaiman Menteri yang memang terpampang signboard di tepi jalan. Menjadi laluan utama 'jiran sebelah' yang tidak habis-habis mengontangkan segala isi di bumi bertuah ini.

Makan malam, kami dijamu nasi putih kukus, sayur campur dan asam pedas ikan pari. Air tangan FIL. Memang meletop, terangkat! Air tangan dia memang sedap walaupun simple. Asam pedas ikan pari dia perghhh...suami saya memang suka (bukan dia tak suka makan ikan pari ke? kompius kejap). Tapi pada saya agak pedas jadi saya tidak makan berulang kali.

Cik Aisyah memang tak pandai diam selagi tak tutup mata. Berlari sana sini ditambah mulut becoknya. Asyik membontot atoknya minta perhatian. Begitulah budak-budak kan. Dek kepenatan, Cik Aisyah tidur dari jam 8.30pm (dalam kereta) hingga keesokan paginya! Itu pun dia masih tidur sewaktu saya hantar ke rumah pengasuh.








Blog Suka Intai

Blog Suka Intai #3

8:00 PG






Seronok pula baca entri-entri di blog Angel Pakai Gucci!. Sempoi dan padat. Ayatnya panjang lebar dan tapi, mantap! Buat saya nak baca dan baca lagi. Ayatnya yang sempoi membuatkan saya tergelak sendiri. Akekekeke..

Follower blog ni lebih dari 8K hokey, bukan blog picisan. Kebabom best! Nak tahu blog ini blog apa? Cubalah korang terjah. Tapi, peringatan keras, sila baca "diskelemer" di sebelah kanan page blog ye..


Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'"
Surah Fussilat, 41:33




Nota Kaki : Saya dilahirkan tidak pandai mengarang dalam ayat-ayat sempoi..peace..







Jalan-jalan

Jalan-Jalan Ke Puteri Harbour

12:00 PTG


Aktiviti yang tidak mengeluarkan perbelanjaan banyak pastinya sekadar jalan-jalan. Hanya keluar duit minyak kereta sahaja. Ambil gambar bersama-sama sambil menikmati pemandangan yang indah. Rugi tidak hayati keindahan alam yang sememangnya percuma untuk ditatapi.


Ahad lalu, kami sekadar pusing-pusing melihat destinasi menarik. Maka ke Puteri Harbourlah kami. Tidak lah masuk ke dalam Hello Kitty Town dan Big Club tu. Sekadar bergambar di luar. Bila lapar, makan bekal yang saya bawa bersama. Mihun goreng baki sarapan dan nugget. Sejak membesar ni, Aisyah boleh habiskan 3 ketul nugget sekali hadap. Air tin beli je kat kedai. Ada juga air kedondong asam boi saya bancuh siap-siap. Bakul susu Cik Aisyah memang tidak boleh tinggal. Bila lapar, semuanya habis licin.


 Klik sini untuk baca pengalaman kami ~ hello-kitty-town-2nd-anniversary


Cik Aisyah yang ketakutan dengan patung-patung besar. Menjeling-jeling..


Parking sekitar situ memang penuh. Almaklum hari ahad, tambah pula cuti sekolah. Masing-masing bawa anak berjalan-jalan ke situ. Banyak lagi pembangunan yang masih dalam pembinaan di sekitarnya. Setiap tahun pasti akan ada saja perubahan.

Yang belum ke Hello Kitty Town dan Big Club, silalah pergi bawa anak-anak. Tapi, sesuai untuk kanak-kanak yang besar, setakat umur bawah 3 tahun tak best kot bawa sebab kanak-kanak seusia itu belum pandai melakukan aktiviti yang diadakan (kredit to blog sinuha) dan di big club pula permainan agak mencabar juga.




Nasihat

Antara Kehendak dan Keperluan

8:00 PG


Terdetik dalam hati, eh untuk tujuan apa? Sedangkan baru tahun pertama di Uitm. Untuk menamatkan pengajian jauh lagi berbaki.

Jauh bukan satu alasan untuk berkereta. Pucuk pangkal niat sendiri untuk belajar bukan untuk berjoli ke sana ke mari. Bas pun banyak. Setakat mahu pulang ke kampung, ramai sahaja mahasiswa mahasiswi menaiki bas. Bas pun banyak. Orang lain boleh hadapi sedikit kesukaran, kenapa pula sendiri tidak.

Tiada sekelumit iri, mungkin dari segi pemikiran berbeza. Saya sendiri hairan dengan pemikiran mereka. Mungkin mereka hanya memandang kemampuan bulanan tidak terfikir tentang lain-lain. Hish..minta dijauhkan dengan nafsu nafsi sebegitu.


Pinjam dari Google


Pengalaman saya sendiri, setelah 4 tahun bekerja (setelah tamat belajar) baru mampu memilik viva, itu pun setelah terjun ke kompeni sekarang dengan gaji permulaan 1.2K sahaja. Sekarang, ikatan kasih bersama Cik Viva hampir 5 tahun. Sebab itu saya sayang sangat dengannya. Terlalu banyak jasa dan kenangan bersamanya. Boleh saja berkereta lain, tapi perlu memikirkan akan sesuatu yang lain. Jangan terlalu mengikut nafsu yang melulu.

Bagaimana umur baru setahun jagung, mahu ber'axia' yang pastinya perlu berhutang 9 tahun. Ya, memang kereta itu murah harganya tetapi tetap perlu dibayar setiap bulan kan? Setakat menyediakan duit muka memang ramai yang mampu. Setakat melepaskan bayaran bulanan, gaji RM800 sebulan pun mampu. Tapi itu sudah bekerja, berpendapatan bulanan. Ini masih belajar, setakat mengharap pinjaman PTPTN yang sewajarnya dilaburkan untuk pembelajaran, masih memerlukan orang tua biayai kehidupan seharian, usah berfikiran terlalu dangkal. Adakah pernah terfikir jauh sedikit, tak banyak, jauh sikit saja sudah memadai. Bagaimana pula untuk servis, duit minyak, memperbarui cukai jalan, mampu?

Kalau dicanang dari segi kemampuan, mungkin kita berbeza.
Usia juga berbeza.
Berbelas tahun beza jarak umur kita.
Memang tidak terdaya untuk saya mengata.
Mereka lebih lama makan garam dari saya.
Mereka lebih mampu berkata-kata meskipun kata-kata mereka buat saya tertawa.


Pinjam dari Google

Pinjam dari Google ~ Berkenan dengan warna merahnya.
Moga impian dapat direalisasikan..






Nota Kaki : Biar papa asal bergaya..



Cuti

Cuti Xmas

12:00 PTG


Wewwwwww...khamis ni cuti umum ye!! Kalau tidak kerana en.google, mungkin saya akan terus perasan rajin, tidak perasan akan cuti umum sempena xmas yang bakal tiba beberapa hari je lagi. Ayat macam tipu jek.

Tapi hari jumaat kerja seperti biasa. Cuti tahun sudah langsai. Simpan-simpan sikit cuti tu untuk bawa ke tahun 2015. Lagipun hari jumaat tu ada final inspection, makanya haruslah sedar diri ye.


Google


Mana-mana kompeni mesti ada sedikit decoration di lobi utama kan. Biasanya kerja-kerja menghias begini dilakukan oleh receptionist atau admin. Barulah suasana nampak meriah.


Selpie ~ Gambar ni dah lama diambil cuma tunggu waktu sesuai untuk dijadikan entri.



Nota Kaki : Gaji pun belum masuk masa cuti Xmas nanti..so duduk rumah diam-diam ok!



Info

Kaedah Kesan Penyakit Melalui Jerawat

8:00 PG




Perkongsian dari whatAps ~ Fai Agen Shaklee Pasir Gudang 


Cuba belek muka masing-masing. Ada tak jerawat. Beruntung sungguh mereka yang tidak mempunyai masalah kulit. Saya jenis kulit berjerawat sejak zaman remaja. Sekarang ni pun ada seketul dua.

Zon 1, 2, 3,6, 8 dan 12 adalah zon biasa jerawat muncul di wajah saya kalau saya tidak menjaga pemakanan saya. Justeru, saya sering 'pantang' meskipun adakalanya melanggar pantang. Dah tau kan kenapa saya pantang? Tapi, berpantang tidak bermakna saya tidak makan langsung. Akekeke..rugila tak makan langsung, dapat rasa sikit jadilah dari kempuanan. 

^___^







Giveaway

1st GA by Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty

12:00 PTG


 bannersexybb
Klik banner untuk join sebelum tamat!


Ramai yang dah dengar mengenai BB Cream Seqy Beauty kan? Dengar cerita produk ni superb dan ramai blogger-blogger retis dah gunakan. Review pun menarik dan tertarik! Cuba korang terjah seqybeauty<--klik.. perghh memang teruja nak memiliki BB Cream ni. Jom kita intai kelebihan produk hot and spicy ni. Manalah tahu ada rezeki join giveaway anjuran Eyzamiel ni.

Apakah fungsi dan kelebihan BB Cream Seqy Beauty?


 Sesuai untuk semua kulit.
 Menutupi cela di muka.
 Sebagai bedak asas.
 Lebih ringan dari foundation.
 Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
 Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF   30+).
 Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
 Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
 Berfungsi melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat.
 Melambatkan penuaan.
 Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Mengandungi  Aqua Cream Beeswax Cety Alcohol Octyl Methoxycinnamate Cyclopentasiloxane Dimenthicone Caprylic/Capric Triglyceride Propylene Glycol Titanium Dioxide Iron Oxides Sodium Chloride Phenoxyethano




Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak)
Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :)

Untuk pertanyaan / pembelian :
Whatsapp atau Mesej sahaja 013-3151382

Instagram : izz_zara_shoppe email : eyzafarza@gmail.com