Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Yang Berkesan

By Mar Mansor - 12:00 PTG


Setelah menerima Bugslock gelang penghalau nyamuk, tibalah masa untuk review produk hangat ni untuk melengkapi cabaran seterusnya.




Apa itu Buglock?
Bugslock merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan yang dicipta dengan aroma semula jadi 100% Citronella oil (serai wangi). Reka bentuk yang kreatif dan berbentuk band, mampu menghalang nyamuk dari menghampiri si pemakai atau kawasan yang diletakkan Bugslock tersebut.


Bagaimana Bugslock Berfungsi?
Aroma yang Bugslock keluarkan membuatkan nyamuk tidak senang dan akan jauh menghindar kawasan yang ada bauan tersebut. Ini merupakan cara mengusir nyamuk yang sangat efektif. Maka, tiada lagi bau asap yang menyesakkan nafas. Tidak perlu juga alat penyembur yang mengandungi racun.


Cara pemakaian
Bugslock boleh dipakai di pergelangan tangan atau kaki, digantung di mana-mana yang anda inginkan dan boleh juga digantungkan di stroller bayi anda. Ia sangat mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Malah, ianya lembut dan tidak risau untuk dipakaikan pada bayi.


Sumber Bahan
Bugslock adalah produk yang selamat dan sesuai digunakan pelbagai lapisan usia. Jangan risau, produk ini 100% bahan semulajadi, termasuk minyak lavendar dan lain-lain (30%), lenyai (70%) dan diyakini selamat. Harus ada di dalam handbag kerana ianya ringan (3 gram sahaja) dan boleh digunakan di mana jua pada bila-bila masa.


Cara Penyimpanan
Cara menyimpannya juga mudah. Bugslock yang sudah digunakan, dicabut dan hanya perlu simpan ke dalam pek semula dan zipkan pek tersebut (seal zipper) setelah dibuka dan ia boleh bertahan hingga 240 jam! Contoh mudah, sekiranya telah dibuka dan memakainya selama 10 jam, ia masih berbaki 230 jam.



  Testimoni 


  • Situasi 1 : 

Bugslock dipakaikan ketika waktu petang, hampir waktu senja di mana nyamuk memang sedang aktif berkeliaran waktu ini. Sambil membersihkan sedikit tanah di hadapan rumah. Aisyah dipakaikan Bugslock bagi elak kena gigit nyamuk.

Hasil :
Tiada nyamuk yang hinggap dan Aisyah bebas bermain ke sana ke mari tanpa risau digigit nyamuk.


  • Situasi 2 :

Kami berjalan-jalan ke rumah pengasuh Aisyah pada waktu malam dan memang melalui jalan kecil.



Hasil :
Tiada nyamuk yang berani menghampiri kami apabila memakai Bugslock.


  • Situasi 3 :
Melawat kawasan belakang rumah di kampung di waktu petang. Memang banyak nyamuk berkeliaran. Mengundang kerisauan pada saya.

Hasil :
Nyamuk menghindar apabila Bugslock dipakaikan pada Aisyah. Bau serai wangi ini agak kuat tapi Aisyah selesa memakainya.



Bagaimana untuk mendapatkan Bugslock yang super best ni?

Awas! Jika berminat untuk memiliknya, pastikan Bugslock yang dibeli adalah original.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. Berminat pulak akak nak mencubanya Mar tu.. skrg tengah musim byk nyamuk.. di taman perumahan akak selalu gak di forging..

    BalasPadam
  2. kalau nak masuk hutan bagus pakai ni.. hehe

    BalasPadam
  3. Kakak belum pernah nampak depan mata selain yg dari blog-blog macam ini. Macam baguslah..

    BalasPadam
  4. macam-macam sekarang ni..masa balik kampung hari tu mak akak belikan akak raket elektrik..sedap pulak bunyinya bila kena nyamuk...gelang ni pon mcm menarik.boleh cuba jugak....tak yah berperang ngan nyamuk..:)

    BalasPadam
  5. Setakat review bugslock tu sikit punya hal kan Mar hihi. Yang penting dapat free... Tahniah Mar

    BalasPadam
  6. Wah.. mesti best kan dpt try sendiri Busglock ni.
    Good luck juga untuk Mar!
    Jemput join GA saya ni (8-30 Disember 2014)

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    Salam perkenalan dari saya
    - Zaleha Awaluddin -

    BalasPadam
  7. bagus produk nie...boleh cuba...

    BalasPadam
  8. kalau pakai kat anak2 saya letak kat kaki diaorang...kadang2 saya pin kat baju je..

    BalasPadam
  9. Menarik produk ni.. selamat & sesuai dgn peredaran zaman...

    BalasPadam
  10. macam best je..comel plak tu pakai kt tgn.hehe

    BalasPadam
  11. Memang berkesan pakai bugslock ni.

    BalasPadam
  12. bagus ni kan skrg tgh musim denggi

    BalasPadam
  13. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  14. Review yang menarik :). Jom Blogwalking <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    BalasPadam
  15. Baunya mmg boleh tahan... Hehehhehe.

    BalasPadam
  16. Bagus review Mar tentang bugslock ni. Banyak kali dah saya baca tapi belum sempat nak membelinya. Dapat free macam Mar memang takda peluanglah sebab jarang join segmen mahupun GA.

    BalasPadam
  17. saya pun belum pernah mencuba
    tapi nampak review rakan blogger, cam menarik aje =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.