Pagi-pagi dok rajin klik iklan kat blog kawan-kawan. Adoiiii..terpampang gambar mi kari. Mi kari ni kira favorite tau. Meleleh pula air liur, mujur sudah sarapan. Kalau tak, haruslah cari mi kari ke Old Town balik kerja nanti.




Jikalau keinginan diusulkan kepada en.suami sekalipun, jangan haraplah permintaan akan dipenuhi kalau setakat nak makan mi kari di Old Town. Tengok gambar sambil telan air liur jelah. Setakat nak bendung nafsu sendiri, saya masak sendiri saja. Homemade. Rajin tak rajin lah, kalau dah cakap nak, sanggup.

Tapi, menu hari ini sudah difikirkan pagi tadi. Dah dapat duit pun untuk beli bahan-bahan masakan. Lagipun, nak masak mi kari, kalau takde kerang tak umpphh..

Makanya, petang nanti masak mi sup special saja.




Nota Kaki : Mi Kari homemade boleh makan bermangkuk-mangkuk..