Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Bulan Puasa


Bila tiba bulan puasa, saya tidaklah rajin menyenaraikan menu berbuka sepanjang 30 hari berpuasa. Apa yang terdetik itulah yang saya sediakan. Yang penting tidak renyah dan paling-paling penting saya yakin bila saya sediakan juadah tersebut, ianya sedap. Kihkih..

Menu paling wajib saya akan sediakan ialah Nasi Ayam Black Pepper. Saya ni kira expert dah masak nasi ayam, jadi memang rasa kacang jelah. Hari biasa pun kalau teringin nak makan, saya masak je. Menyediakan nasi ayam tidak serumit mana dan bahan-bahan pun mudah je. Yang penting ianya SEDAP! Masak banyak-banyak, buat untuk sahur sekali.

Pinjam dari Google

Ermmm...apa lagi ye menu wajib saya.


Kalau zaman duduk bawah ketiak mak, menu wajib kami adalah Roti Jala Cicah Kari Ayam. Yang sediakan adunan, mestilah mak saya. Saya pula tukang menjala. Jenuh menjala di dapur sebab kena buat sikit-sikit. Berejam rasanya di dapur. Tapi, bila dah masuk mulut, 5 minit dah licin.

Pinjam dari Google - Memang buat style lipat-lipat


Ah sudah...terliur pula bila terbayangkan roti jala cicah kari ayam.


Menu wajib tunjuk-tunjuk di PARAM pula mestilah Murtabak Daging. Macam dah jadi satu tradisi pula, setiap kali ramadhan, mesti terbayang murtabak. Tapi tak suka cicah dengan yang kuah manis warna merah tu. Lebih suka cicah dengan kuah kacang dal. Eh, tiba-tiba lupa pula namanya.

Pinjam dari Google


Yang paling best, saya suka Air Kathira. Ini pun sama. Macam dah satu kemestian pula di bulan puasa. Mesti sibuk cari air kathira. Hari tu ada beli kat param Taman Rinting. RM4.50 kau sebungkus. Yang original punya. Setakat sebungkus tu saya seorang jelah bedal.

Pinjam dari Google


Entri cabaran20hari yang lain:
#cabaran20hari 1
#cabaran20hari 2
#cabaran20hari 3

Nota Kaki : Ntah berapa kali telan air liur saat menaip entri ini. Ish..menci tau..







Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ramadhan kali ni,setiap kali ke bazar,mesti beli murtabak dan roti jala...menu wajib jugak kot

    BalasPadam
  2. sedapnya murtabak. lama x makan

    BalasPadam
  3. Yang membacanya pun tertelan-telan air liur. Murtabak daging tu HD yang suka tapi saya jarang ke PARAM. Itulah sekali berbuka di rumah kakak saya beli sampai tiga. Tapi tak tahulah apa rasanya sebab saya dah kekenyangan makan nasi, tak sempat nak rasa.

    Saya pulak suka menu yang pedas-pedas barulah nikmat rasanya berbuka puasa. Air Kathira tu sebungkus kecil ke besar ni, Mar yang boleh habiskan sorang-sorang ni?

    BalasPadam
  4. sedapnyeee..sepjg puasa nie, falsya xpenah lagi buka kat umah..xpenah lagi merasa masak utk berbuka..

    BalasPadam
  5. saya pula tak ada menu wajib
    dapat air kuih sikit pun jaidlah
    air kathira tu air apa ye, first time dengar

    BalasPadam
  6. Waaa... Air kathira... Dah tergoda.. Nak kena buat juga ni..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah :)
    semua nyer kegemaran aida jugak....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code