Ramadhan lagi 2 minggu, tapi baju raya sudah pun beli. Persiapan awal katanya. Pilihan saya mestilah dress yang boleh disarung tanpa sangkut di perut.

In sha Allah, 1 Syawal nanti kandungan saya sudah 32 minggu. Tak boleh pakai baju biasa. Perut dah sendat. Heh..

 Biarlah rahsia..


Lepas ni cari baju raya untuk Cik Aisyah pula. Baju anak dara belum beli lagi, tapi sudah ada yang berkenan di hati. Harapnya adalah stok.

Teringat kata-kata Cik Aisyah ketika saya cuba menyarungkan dress ini.


Aisyah : Dah..dah..tak payah pakai. Panjang sangat.

Ibu : *Krik..krik..*


Balik kampung nanti minta emak alterkan. Saya ni, setakat potong bawah dan jahit lurus tu bolehlah. Tapi, macam nak alter bahagian lain.