Sejak disahkan hamil, sedikit duit gaji wajib dilaburkan untuk anak yang bakal lahir. Gigihlah menyenaraikan barang-barang keperluan bayi. Tidak lah banyak yang perlu dibeli kerana barang Aisyah masih boleh digunakan.

Salah satu yang wajib dibeli adalah beg pakaian bayi. Beg lama Aisyah masih ada tapi masih digunakan untuk Aisyah. Isi bajunya ke rumah pengasuh dan jika pulang ke kampung.

Saya tertarik dengan beg ini sejak 2 bulan lalu. Tapi, saya hold dulu pembeliannya hinggalah gaji bulan ini. Minggu ini, kandungan saya sudah 25 minggu, tidak salah membelinya dan mula buat persiapan. 


Beg yang saya berkenan tapi stok sudah habis.


Maka, saya beli sahaja yang ada stok. Harganya RM55 tidak termasuk postage. Postage RM8. Tapi, saya COD di kawasan Setia Tropika jam 9.30 malam.


Inilah dia pilihan warna en.suami.


Saya berpuas hati dengan layanan penjual. WhatApps dijawab dengan pantas dan baik. Malah dia datang tepat pada waktunya. Balik tu juga, saya belek beg itu satu persatu. Memang memuaskan. Lebih kurang beg Aisyah, tapi Aisyah hanya ada sebuah yang besar.

Ada banyak pilihan barangan bayi lain juga. Rambang mata dibuatnya. Kasi tengok sikit barang apa yang berkenan di hati.

 pic1
Klik pada gambar ~ RM7 sahaja.


 pic2
Klik pada gambar ~ RM28 sahaja




Saya beli di mana? 

www.babykina.com.my (Recommend)

 Facebook : BBKina

WhatApps / SMS : 012-7668250