Jagung merupakan salah satu makanan kegemaran kami. Kalau ke pasar malam, mesti beli jagung rebus yang selonggok RM5 dapat 5 tongkol. Besar, sedap, manis dan tidak berkupas lagi. Tapi, biasanya saya akan rebus semula untuk lebih puas hati. Kupas, masukkan air, sedikit garam, memang dah sedap.





Niat di hati, bila sudah sisihkan isi jagung dari tongkolnya, mahu buat bubur jagung seperti selalu. Apa kan daya, tiba-tiba kemalasan datang menerpa, tidak terbuat-buat bubur jagung dambaan hati beta. Penyudahnya, buatlah cup corn, makan seisi keluarga.

Saya memang suka praktis-praktis ni. Cuma bancuh sedikit marjerin, susu manis, sedikit garam dengan air masak. Gaul jagung sesuka hati dan boleh makan. Tidak susah mana pun. Jagung tu memang sedap sebab fresh berbanding jenis frozen. Sebenarnya saya kurang gemar simpan stok frozen banyak-banyak. Bila tekak mahu sahaja akan beli. Lebih rela penuhkan freezer dengan stok bahan mentah, baru semangat menyediakan juadah makan malam saban hari.

Lihat sajalah Cik Aisyah kusyuk mengunyah jagung sampai tak toleh kiri kanan.



Nota Kaki : Teringin nak makan cendol durian pulak..