Isu 10 majalah At-Taqwa ini telah dibeli bulan lepas. Baca sikit-sikit, akhirnya habis. Banyak ilmu dapat dikutip menerusi pembacaan berbentuk motivasi dan ilmiah. Usah malas untuk membaca dan mencari ilmu. Ilmu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

Melihat pada cover page sahaja sudah tahu isu yang dikupas kali ini adalah berkisar talak, perkahwinan yang gagal dan kesan yang mungkin timbul di kemudian hari. Tak salah menimba ilmu kan, kerana perjalanan kita masih jauh lagi. Usia perkahwinan kami juga masih muda. Moga kita semua dijauhi perkara sebegini.

Semua orang menginginkan kebahagiaan berkekalan. Asam garam rumah tangga. Lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Sedikit perkongsian yang diambil dari facebook Dato Dr Fadzilah Kamsah. Semoga menjadi amalan kita bersama.

Perkongsian dari facebook