Setiap insan semestinya mengangankan dan menginginkan keluarga yang harmoni, hidup berkasih sayang dan dipenuhi keamanan.

Termasuklah mengharapkan masyarakat yang bertamadun dengan tamadun manusiawi.

Namun, mampukah harapan menjadi realiti tanpa perjuangan dan muhajadah dari segenap lapisan generasi?

Ayuh, perjuangan memperbetul dan melestarikan amanah adalah tanggungjawab kita semua. Menyambung perjuangan orang terdahulu.

Moga kita tidak terus lena dalam kemalasan, tidak dialpakan dalam hiruk-pikuk kebendaan dan keduniaan. Sebaik-baiknya adunlah keilmuan dalam dada insan, timbalah pengalaman dan titiplah sebagai pedoman.

Moga kita akan lulus dalam pertanyaan tentang amanah dan tanggungjawab kerana kita semua berperanan. Mulakan generasi idaman dengan menjadikan keluarga misali itu.


Terasa pula kite..