Bukan main seronok Aisyah dapat pegang kucing. Dibelai, dipangku dan tidak habis-habis cakap kucing comel. Rentetan kisah ini, Aisyah selesema dan batuk. Mujur tidak demam. Saya pun tidak pasti samada penyebabnya adalah kucing.

Sejak ayahnya yang mengambilnya dari rumah pengasuh, setiap hari dia seronok menunggang motor dan meminta ayahnya pergi ke kedai. Emm..ayahnya melayan je. Nak aiskrim? Beli. Nak cokelat? Beli. Nak gula-gula? Beli. Sabar ajelah.

Bila dah batuk dan selesema, memang saya tidak benarkan dia makan aiskrim dan air sejuk. Malam tadi, saya beri ubat batuk hurix, eh laju pula dia minum. Dia kata sedap. Bila saya rasa, erkkkk...sedap ke? Apalah taste anak dara ni.

Harap, Aisyah cepat sembuh dari batuk dan selesema.

Pinjam dari FB




Nota Kaki : Lepas bagi ubat batuk 2x, alhamdulillah baik.