Aktiviti Cik Aisyah sejak 2 menjak ni. Sudah kurang aktiviti memanjat, ini pula aktiviti yang menjadi kegemarannya. Susun, susun dan lompat! Melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain.




Memang tak daya dah untuk menegurnya. Belum termasuk memanjat kerusi untuk mengambil barang di tempat tinggi. Selagi tak rasa terhantuk, memang tidak berhenti dia beraktiviti begitu. 

Bila sudah melompat-lompat, apa yang saya khuatiri dia akan terbuang air kecil tanpa sengaja. Memang benar, perlu memantau, silap-silap sofa boleh basah lencun.


Nota Kaki : Misi mengurangkan penggunaan diaper Aisyah.