Di tag oleh flawlesssakura


Kena tag lagi..hehe..ok.lah terus jawab lah ye..

1- Bila nak ada kereta sendiri?
Alhamdulillah sudah memiliki sebuah viva sejak januari 2010 walaupun kecil, sayang tau.

2- Kalau keluar p mana mana, tempek make up dak?
Bergantung kepada tempat yang di tuju. Kalau setakat keluar buang sampah, tidak lah. Kalau ke kedai, sapu bedak kompak sikit. Kalau ke mana mana mesti sapu krim muka dan berbedak.

3- Apa perasaan kalau kena tegur kalau kita salah?
Terima sajalah walaupun pedih.

4- Paling terror masak, masak apa? lauk ke, kuih muih?
Pandai masak lauk je. Kuih muih tak pandai. Bubur tu boleh lah.

5- Dalam sehari, berapa banyak kali online?
Ermm..macamana nak cakap ye. Depan pc, onlinelah sambil mengadap kerja. Kat rumah, online waktu malam tengok keadaan.

6- Kalau time cuti, selalu hang out ke, duk kat rumah je?
Duduk rumah dulu, settlekan kerja-kerja rumah. Berjalan bila dah settle segala kerja.

7- Kata-kata motivasi untuk diri sendiri.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.."^Al-Baqarah:216

8- Siapa yang paling awak awak rapat, mak/ayah?
Mestilah emak. Kemudian, suami.

9- Apa yang awak awak dapat apabila berblogging?
Dapat kepuasan, keseronokan.

10- Kalau tetiba dapat pergi overseas, nak ke mana?
Korea

11- Pakai handphone jenis apa?
Samsung



Ok dah setel hutang. Nak tag siapa ye? Tak mau tag siapa-siapalah ye.
Happy blogging!!!