Kekuatan datangnya dari semangat.
Semangat pula datangnya dari keredhaan.
Keredhaan melahirkan ketabahan dan kepasrahan.
Bila wujudnya ketabahan dan kepasrahan, itu tandanya kita yakin kepada Tuhan.

Bak pepatah melayu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Makanya, jika mahu juga berumah di tepi pantai, pastikan rumah itu cukup kukuh. Stanbykan juga segala kelengkapan keselamatan seperti jeket keselamatan. Kalau boleh, pakailah jeket keselamtan ketika tidur.


Hidup ini penuh pancaroba. Dugaan dan rintangan adalah permainan dunia untuk melihat sejauh mana kita mampu melangkah. Sejauh mana kita mampu bersyukur. Sekali terjatuh tidak bermakna kita akan jatuh buat kali kedua. Tetapi, harus diingat tidak mustahil kita akan terjatuh lagi.

Ujian mematangkan kita. Menjadi pelajaran dalam mencorakkan kehidupan. Percayalah dengan keikhlasan dan keredhaan, pasti akanberbayar dengan ganjaran yang tidak terduga. JanjiNya itu PASTI.