Pemandu wanita sering dilabel pemandu tidak berhemah. Macam-macam sindiran sering didengar. Memandu secara melululah. Memandu teragak-agak, takut-takut. Memandu perlahan. Eh, kalau yang negatif tu semua campak kepada pemandu wanita.

Contoh 1
Sebuah kereta memandu perlahan dilorong kiri hingga menerbitkan rasa bengang pemandu di belakang, bila dipotong, dilihat yang memandu adalah pemandu perempuan, mesti ayat biasa.."patutlah perempuan.."

Contoh 2
Sebuah kereta tiba-tiba berdezup laju dari belakang.
"emm..perempuan yang bawak kete.."


===========================

Saya seorang wanita. Pemandu wanita. Saya memandu sendiri pergi dan balik kerja. Saya juga sudah biasa memandu pulang ke kampung setiap minggu zaman bujang dulu. Tetapi, sejak ada anak, suami tidak mengizinkan saya memandu sendirian apabila pulang ke kampung. Sedangkan, saya boleh saja.

Saya memandu kereta sejak bekerja di Skudai dan kemudian di Masai. Meskipun takut-takut pada awalnya, banyak kali kereta di hon orang di awal-awal pemanduan, saya terus kuatkan hati. Memandu untuk bekerja. Memiliki kereta juga niat untuk bekerja. Di Malaysia, agak sukar mencari pekerjaan yang menyediakan transportation.

Saya percaya ramai sahaja berada dalam situasi saya ini. Dulu basic gaji saya pun tidak besar mana, tapi niat memiliki kereta untuk bekerja.



Nota Kaki : Pernah tak korang call saudara rapat korang yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke rumah korang semata-mata untuk minta tolong belikan barang di kedai?