Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemandu Wanita


Pemandu wanita sering dilabel pemandu tidak berhemah. Macam-macam sindiran sering didengar. Memandu secara melululah. Memandu teragak-agak, takut-takut. Memandu perlahan. Eh, kalau yang negatif tu semua campak kepada pemandu wanita.

Contoh 1
Sebuah kereta memandu perlahan dilorong kiri hingga menerbitkan rasa bengang pemandu di belakang, bila dipotong, dilihat yang memandu adalah pemandu perempuan, mesti ayat biasa.."patutlah perempuan.."

Contoh 2
Sebuah kereta tiba-tiba berdezup laju dari belakang.
"emm..perempuan yang bawak kete.."


===========================

Saya seorang wanita. Pemandu wanita. Saya memandu sendiri pergi dan balik kerja. Saya juga sudah biasa memandu pulang ke kampung setiap minggu zaman bujang dulu. Tetapi, sejak ada anak, suami tidak mengizinkan saya memandu sendirian apabila pulang ke kampung. Sedangkan, saya boleh saja.

Saya memandu kereta sejak bekerja di Skudai dan kemudian di Masai. Meskipun takut-takut pada awalnya, banyak kali kereta di hon orang di awal-awal pemanduan, saya terus kuatkan hati. Memandu untuk bekerja. Memiliki kereta juga niat untuk bekerja. Di Malaysia, agak sukar mencari pekerjaan yang menyediakan transportation.

Saya percaya ramai sahaja berada dalam situasi saya ini. Dulu basic gaji saya pun tidak besar mana, tapi niat memiliki kereta untuk bekerja.



Nota Kaki : Pernah tak korang call saudara rapat korang yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke rumah korang semata-mata untuk minta tolong belikan barang di kedai?



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ayat2 tu sllu je iols sebut hahahaha..ritu ms el nak pi antar anak sekolah..nak balik tu..kat traffic light...el naik moto..tepi tu ada kete..bila traffic lite warna hijau..el pun rempit slow jelah kan..sekali kete tu boleh xnpk el kt tepi tu smpai boleh kena mudguard blkg..terus el rempit laju skit..bila dia lintas el..el tgk.."laaaa perempuan ke" patutlah hahahahaha kbai

    dah kenapa nota kaki tu?xnah lagi kut

    BalasPadam
  2. Hehehee...Acik pun selalu jugak guna ayat "Hmmm..patut la lambat..perempuan..."..Tak sedar diri pun perempuan jugak

    BalasPadam
  3. kak ana mula memandu ketika anak kak ana nak masuk tadika usia lima tahun, cekalkan hati demi anak,sampai ke hari ini pun kak ana memandu untuk jadi driver anak jugak,biarlah apa persepsi org Mar, kita tahu niat kita kan.. :)

    BalasPadam
  4. hihi, rsanya mmg slalu la sebut gitu..bukn utk org naik keta je..moto pun sma^^

    BalasPadam
  5. X pernh kot hhehe..klau nak pergi mna2 klau x da suami.lya naik knderaan awam je

    BalasPadam
  6. iye mar.. ayat biasa tu. alah, orang lelaki drive pun kekadang bawak kereta pun ke laut jugak..
    Mama Niza

    BalasPadam
  7. sama je bg sy yg mmg hari2 drive ni... semua ats sikap pmndu.. bukn sbb jntina, bgsa atau agama...

    BalasPadam
  8. sama jer laki dan perempuan.
    nak plak yang bawak slow tapi duk line kanan, sakit hati
    tengoknya atuk tua yang bawak, boleh la dimaafkan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code