Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Siapakah Kita Di Hari Esok?


Perkongsian dari Group whatAps


Siapakah kita? Hari ini, esok, lusa, tulat, tahun hadapan? Kita tidak akan mampu menjawabnya. Manusia diciptakan tidak ada yang sempurna. Tetapi, kita diberi akal fikiran yang waras, mampu berfikir ke arah itu. Siapa kita untuk mejatuhkan hukum kepada orang lain? Bak kata-kata di atas.

Akal yang dikurniakan bukan sekadar untuk berfikir mencari rezeki. Tetapi, berfikir ke arah kebaikan, kebenaran yang hakiki. Perkara yang sudah jelas dan nyata halal, haramnya usah dipertikaikan.

Tika ini kita tidak bertudung, kenapa perlu tunggu hari esok untuk bertudung?

Tika ini kita mencarut, kenapa perlu tunggu esok untuk tidak mencarut?

Apa juga urusan yang kita lakukan, istiqomah. Usah ada istilah menghina kerana nasib kita sendiri kita tidak tahu. Tidak mampu untuk mengintai barang sesaat. Entah 'jatuh terpelecok', 'jatuh tersadung' dan mungkin 'jatuh terduduk'.

Hakikatnya, kita sering membuat perubahan bila sudah 'terpelecok'. Sekaligus memperlihat musibah yang hadir bukan membawa kesengsaraan yang kekal, tetapi membawa rahmat hingga ke akhirnya. Setiap yang berlaku pasti bersebab. 

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
~wallahuaklam


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah kalau berubah kepada kebaikan...

    BalasPadam
  2. Jgn judge seseorang walaupin dia jahat. Mungkin slps ni dia lebih baik dr kita.

    Foa2 smg kita sama2 menjadi lebih baik insyaAllah.

    BalasPadam
  3. Mungkin esk kita akan jdi lbh baik dari hari ni, insyallah

    BalasPadam
  4. betul..dont judge a book by its cover..

    Doa yg terbaik utk semua..

    BalasPadam
  5. betull..kita nak betulkan orang tak boleh sampai mengina dan jatuhkan hukuman..nasihat bisik2 lagi baik..

    BalasPadam
  6. Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua ke arah yg lebih baik setiap masa... aamiin.

    BalasPadam
  7. Semoga hidup kita terus istiqamah..Amin..dan berubah ke arah kebaikan akan terus berkekalan..

    BalasPadam
  8. betul2...sape la kita utk menentukan org lain kan..

    BalasPadam
  9. apapun, semoga kita berterusan mendapat rahmat dari DIA YANG SATU

    BalasPadam
  10. Perbetulkan diri kita dahulu daripada menyibuk hal orang lain. Siapa kita nak menentukan hukum, pengakhiran nasib seseorang. Hanya Dia yang Maha Mengetahui untung nasib kita di kemudian hari.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code