Perkongsian dari Group whatAps


Siapakah kita? Hari ini, esok, lusa, tulat, tahun hadapan? Kita tidak akan mampu menjawabnya. Manusia diciptakan tidak ada yang sempurna. Tetapi, kita diberi akal fikiran yang waras, mampu berfikir ke arah itu. Siapa kita untuk mejatuhkan hukum kepada orang lain? Bak kata-kata di atas.

Akal yang dikurniakan bukan sekadar untuk berfikir mencari rezeki. Tetapi, berfikir ke arah kebaikan, kebenaran yang hakiki. Perkara yang sudah jelas dan nyata halal, haramnya usah dipertikaikan.

Tika ini kita tidak bertudung, kenapa perlu tunggu hari esok untuk bertudung?

Tika ini kita mencarut, kenapa perlu tunggu esok untuk tidak mencarut?

Apa juga urusan yang kita lakukan, istiqomah. Usah ada istilah menghina kerana nasib kita sendiri kita tidak tahu. Tidak mampu untuk mengintai barang sesaat. Entah 'jatuh terpelecok', 'jatuh tersadung' dan mungkin 'jatuh terduduk'.

Hakikatnya, kita sering membuat perubahan bila sudah 'terpelecok'. Sekaligus memperlihat musibah yang hadir bukan membawa kesengsaraan yang kekal, tetapi membawa rahmat hingga ke akhirnya. Setiap yang berlaku pasti bersebab. 

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
~wallahuaklam